KUANTAN, 25 Ogos 2026 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada YAM Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 25 Ogos 2026 bersamaan 12 Rabiulawal 1448 Hijrah.
Kami warga MKP turut merafakkan setinggi-tinggi doa ke hadrat Allah SWT agar YAM Tengku Panglima Raja sentiasa berada dalam limpahan rahmat, perlindungan dan kasih sayang-Nya, dikurniakan kesihatan yang sempurna, dipanjangkan usia, diluaskan rezeki serta dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan yang berpanjangan.
Semoga YAM Tengku Panglima Raja terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab, dan sentiasa menjadi insan yang menjunjung tinggi nama baik keluarga Diraja Pahang serta berbakti kepada agama, bangsa dan negeri. – KESULTANAN PAHANG









