KUANTAN, 25 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan Selamat Hari Wanita Kebangsaan kepada seluruh wanita di Malaysia, khususnya wanita di negeri Pahang.
Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat serta negara, di samping memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang.
Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh wanita sentiasa dikurniakan kekuatan, kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab serta mencapai impian masing-masing.
Semoga wanita terus menjadi sumber kekuatan kepada keluarga dan masyarakat, serta sentiasa dihargai, dihormati dan diberi ruang untuk menyumbang kepada kemajuan negara. – KESULTANAN PAHANG









