PEKAN, 25 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448/2026 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda disambut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad serta Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Shamsudin.
Pada majlis tersebut, Kebawah Duli Paduka Mulia turut berkenan mengurniakan Anugerah dan Tokoh Maulidur Rasul serta hadiah pertandingan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Tokoh Maulidur Rasul pada tahun ini dianugerahkan kepada mantan Pegawai Kewangan Negeri Pahang, YH Dato’ Indera Norzan Ahmad yang membawa pulang RM10,000 dan sijil penghargaan. -KESULTANAN PAHANG








