KUANTAN, 2 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang mencuri tumpuan apabila berkenan meluangkan masa menonton tayangan wayang pacak filem Khadam bersama orang ramai di Padang MBK 1, di sini malam ini.
Dalam suasana santai dan penuh kemesraan, Paduka Baginda berkenan duduk bersama rakyat menyaksikan filem berkenaan, sekali gus mencerminkan keakraban serta hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat.
Tayangan wayang pacak merupakan antara pengisian Temasya Warisan Pahang 2026 yang mengetengahkan pelbagai program berkaitan seni, budaya dan warisan sebagai usaha menghidupkan kembali tradisi hiburan masyarakat terdahulu.
Temasya Warisan Pahang 2026 berlangsung sehingga 7 September 2026 di Muzium Seni Kontemporari (MOCA), Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah. – KESULTANAN PAHANG






