KUANTAN, 16 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Pahang sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini.
Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar sambutan Hari Malaysia terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk rasa kasih dan bangga terhadap negara dalam kalangan rakyat Pahang.
Paduka Baginda berdua menyeru rakyat Pahang agar terus menghargai keharmonian, saling menghormati serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam membina sebuah masyarakat yang bersatu padu, khususnya dalam negeri yang kaya dengan kepelbagaian kaum, agama dan budaya.
Paduka Baginda berdua turut berharap agar rakyat Pahang sentiasa mengutamakan kepentingan negara, menjunjung prinsip Rukun Negara serta bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negeri serta negara terus terpelihara.
Sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun merupakan peringatan penting terhadap pembentukan Malaysia serta menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat dalam membina sebuah negara yang aman, maju dan sejahtera.– KESULTANAN PAHANG







