PEKAN, 18 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan berangkat ke Royal Pahang Polo Club, di sini pagi tadi bagi menyaksikan saingan Kejohanan Tengku Ampuan Pahang Cup 2026 dan Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026.
Dalam aksi Kejohanan Tengku Ampuan Pahang Cup 2026, pasukan Kuantan mencatat kemenangan 11-3 ke atas Jerantut.
Sementara itu, pasukan Royal Pahang II turut mencatat kemenangan bergaya 9-5.5 ke atas Selangor Polo dalam saingan Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026.
Pasukan Royal Pahang II turut dibarisi YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah yang beraksi bersama pasukan berkenaan.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda ke kejohanan berkenaan turut mencerminkan sokongan berterusan Paduka Baginda terhadap perkembangan sukan polo di negeri Pahang, selain menyemarakkan lagi persaingan yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club. – KESULTANAN PAHANG








