KUALA LUMPUR, 3 November 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) yang berlangsung di sebuah hotel di sini hari ini.
Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, diiringi Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan AbdullahRi’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Majlis berkenaan merupakan platform kerjasama antara PKPS dan PKPP dalam memperkukuh hubungan serta meneroka peluang kerjasama strategik dalam sektor pertanian antara negeri Selangor dan Pahang. – KESULTANAN PAHANG







