Author: Kesultanan Pahang

PEKAN, 5 April 2026 – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moiz berangkat ke Perbarisan Hari Ulangtahun Askar Wataniah, Pembukaan Latihan Askar Wataniah dan Majlis Aidilfitri Rejimen 505 di Kem Force 136 Pekan, di sini hari ini. Kehadiran YAM Tengku Panglima Raja adalah selaku Komander Rejimen 505 Askar Wataniah.-KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 5 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Tun Dr Ling Liong Sik yang meninggal dunia pagi tadi. Paduka Baginda berdua berharap agar keluarga mendiang tabah di atas kehilangan insan yang tersayang. Mendiang pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan termasuk Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri Penerangan, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pendidikan. Mendiang juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan selama 14…

Read More

KUALA LUMPUR 4 April 2026, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Citaglobal Berhad di sebuah hotel di sini semalam. Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Keberangkatan tiba Paduka Baginda berdua diiringi Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. Suasana majlis yang penuh…

Read More

KUANTAN, 3 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja Pekan African Night di Istana Abdulaziz di sini semalam. Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Majlis Santapan Diraja ini bagi meraikan Tuan Yang Terutama Duta-duta dan isteri daripada 22 buah negara yang hadir membuat lawatan ke Negeri Pahang.…

Read More

PEKAN, 2 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hari ini berkenan bercemar duli berangkat ke Sesi Dialog ‘Budaya dan Diplomasi Social Sustainability and The Preservation of Textile Heritage’ di Muzium Seni Kontemporari (MOCA), di sini. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 10.30 pagi turut disambut Ahli Perbadanan Muzium Negeri Pahang serta tetamu kehormat yang terdiri daripada Tuan Yang Terutama Duta-duta dan isteri daripada 22 buah negara dari benua Afrika. Pada sesi berkenaan Paduka Baginda berkongsi pengalaman bagaimana mulanya minat serta kesungguhan Paduka Baginda mengangkat Tenun Pahang sehingga…

Read More

KUANTAN, 2 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli ke Majlis Indahnya Syawal YASA dan Kuantan 188 : Menyulam Kasih, Menjalin Persaudaraan di Menara Kuantan 188, hari ini. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada jam 11.35 pagi disambut oleh Pengurus Besar Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), YBrs. Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali. Majlis berkenaan turut meraikan anak-anak Pahang yang mencatat kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Selasa lalu. Negeri Pahang telah mencapai Gred Purata Negeri…

Read More

KUANTAN 1 April 2026 – Kesungguhan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menyantuni insan di sebalik tirai besi menarik perhatian dunia apabila sebahagian duta-duta dari benua Afrika teruja untuk melihat sendiri ‘sentuhan’ Paduka Baginda kepada golongan itu. Hari ini Paduka Baginda berkenan membawa Tuan Yang Terutama Duta-duta dan isteri daripada 22 buah negara ke Bengkel Tenun Pahang Diraja, Penjara Penor di sini bagi melihat seramai 66 prospek mahir menghasilkan kain Tenun Pahang Diraja yang cukup eksklusif. Semua prospek itu dilatih sendiri oleh Paduka Baginda dengan pelbagai kemahiran serta idea…

Read More

PEKAN, 1 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hari ini berkenan bercemar duli berangkat ke program ‘Pesta Nasi’ anjuran Perbadanan Muzium Negeri Pahang dengan kerjasama The Green Initiative Empire di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi, di sini. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 10.00 pagi disambut Ahli Perbadanan Muzium Negeri Pahang serta tetamu kehormat yang terdiri daripada Tuan Yang Terutama Duta-duta dan isteri daripada 22 buah negara, sekali gus menyerlahkan hubungan diplomatik yang erat serta mempromosikan warisan budaya negeri Pahang ke peringkat antarabangsa. Antara Duta…

Read More

KUANTAN, 31 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang di atas kejayaan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Pengumuman keputusan peperiksaan berkenaan pada pagi tadi menyaksikan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) yang pertama kali membuka pusat peperiksaan pada tahun lalu dengan…

Read More

KUANTAN, 31 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Santunan Kasih UIAM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz dan disambut Presiden UIAM, Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Pada majlis berkenaan Paduka Baginda berkenan mengurniakan sumbangan bantuan kewangan kepada 120 orang mahasiswa dalam kalangan pelajar…

Read More