Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 17 September 2026 – Dengan penuh rasa takzim dan junjung kasih, patik sekalian pacal-pacal warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-31 pada hari ini 17 September 2026 bersamaan 5 Rabiulakhir 1448H. Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang turut merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta mendoakan agar Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta dilimpahi rahmat, keberkatan dan keafiatan…

Read More

KUANTAN, 16 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Pahang sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini. Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar sambutan Hari Malaysia terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk rasa kasih dan bangga terhadap negara dalam kalangan rakyat Pahang. Paduka Baginda berdua menyeru rakyat Pahang agar terus menghargai keharmonian, saling menghormati serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam membina sebuah masyarakat yang bersatu padu, khususnya dalam negeri yang kaya dengan kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Paduka Baginda…

Read More

KUANTAN, 15 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menitahkan supaya Mufti Negeri Pahang serta masjid-masjid di seluruh negeri melaksanakan solat hajat dan solat sunat Istisqa’ bagi memohon hujan serta rahmat daripada Allah SWT susulan keadaan jerebu dan peningkatan Indeks Pencemar Udara (IPU) di beberapa kawasan di Pahang. Paduka Baginda bertitah, usaha berkenaan merupakan ikhtiar umat Islam untuk memohon pertolongan dan rahmat Allah SWT agar diturunkan hujan yang dapat membantu mengurangkan keadaan jerebu serta memperbaiki kualiti udara. Berdasarkan status kualiti udara negeri Pahang setakat jam 1 tengahari tadi, lima kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu…

Read More

KUANTAN 14 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang mengingatkan semua penerima Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (RuRASA) agar tidak sesekali menjual atau menyewakan rumah berkenaan kepada pihak lain. Paduka Baginda menegaskan bahawa rumah yang dikurniakan itu tidak boleh dijual atau disewakan kerana ia disediakan khusus untuk manfaat penerima dan keluarga mereka. “Janganlah fikir nak menjual atau nak sewa. Sewa pun saya tak bagi. Ini khas untuk awak semua. Kalau Allah dah panggil kita (meninggal dunia), turun (diwarisi) ke anak cucu pula. “Tak boleh dijual atau disewa,” tegas Paduka Baginda pada Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA)…

Read More

KUANTAN, 14 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menitahkan supaya pembinaan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) dilaksanakan dengan mengutamakan aspek kualiti meskipun kos pembinaannya rendah, selain tidak dilakukan secara sambil lewa kerana kediaman berkenaan merupakan tempat perlindungan dan ‘syurga’ bagi sesebuah keluarga. Paduka Baginda bertitah, projek berkenaan yang bertujuan menyediakan kediaman selesa kepada rakyat Pahang dijangka melibatkan pembinaan sebanyak 790 unit rumah di seluruh negeri. “Saya harap cuba percepatkan, dan saya harap dalam soal pembinaan untuk rumah ini, walaupun harga itu nampak murah, tetapi janganlah beri hasil pembinaan ini secara sambil lewa sahaja. Saya nak ada kualiti…

Read More

KUANTAN, 14 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang hari ini berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Penutupan dan Perlawanan Akhir Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda berdua disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail sebelum Paduka Baginda berdua berkenan menyaksikan perlawanan akhir yang menghimpunkan dua pasukan terbaik iaitu YPM FC dan Majlis Daerah Raub FC bagi merebut kejuaraan sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah. Turut…

Read More

PEKAN, 14 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang hari ini berkenan berangkat ke Royal Pahang Polo Club dan menyertai perlawanan polo yang berlangsung sempena Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 dan Tengku Ampuan Pahang Cup 2026, semalam. Turut berangkat mengiringi ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang. Pada perlawanan hari ini, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan beraksi mewakili pasukan Pekan dalam perlawanan pembukaan Tengku Ampuan Pahang Cup 2026 menentang Cameron Highlands. Dalam aksi tersebut, Paduka Baginda menyumbang dua jaringan bagi membantu pasukan Pekan mencatat kemenangan 6-3 ke atas pasukan Cameron Highlands. Turut beraksi dalam…

Read More

PEKAN, 11 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang hari ini berkenan berangkat menyaksikan dua perlawanan polo sempena Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, di sini. Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Perlawanan pertama menyaksikan Brunei Polo menentang La Sarita Kelantan, dalam aksi yang berakhir dengan keputusan Brunei Polo muncul pemenang menerusi keputusan jaringan 9-7. Pasukan Brunei Polo turut menampilkan pemain kerabat diraja Brunei iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Bahar Jefri Bolkiah sekaligus menambahkan…

Read More

PETALING JAYA 10 Sept. 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan tayangan tertutup dokumentari khas bertajuk ‘TEKAD: Ekspedisi Guthrie Everest 2026’ di sebuah pawagam di Subang Jaya di sini malam tadi. Dokumentari itu merakamkan perjalanan dua pendaki negara, Mohd Khafiz Bachok, 47, yang lebih dikenali sebagai Kicok, dan Chew Wei Ngor atau Margaret, 56, dalam menguji ketahanan fizikal serta mental bagi merealisasikan impian menawan puncak tertinggi dunia iaitu Gunung Everest. Sebelum tayangan bermula, Paduka Baginda berkenan menerima persembahan Jalur Gemilang yang pernah dikibarkan Mohd Khafiz di puncak Gunung Everest serta senaskhah buku nukilannya…

Read More

PEKAN, 10 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang hari ini berkenan berangkat menyertai perlawanan polo peringkat kumpulan bagi Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 antara Royal Pahang Polo Club menentang Jogo Polo. Perlawanan yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, Pekan itu menyaksikan Royal Pahang Polo Club tewas tipis kepada Jogo Polo dengan keputusan 6-7. Perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam usaha memburu kemenangan pada peringkat kumpulan kejohanan berkenaan. Kejohanan Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 dianjurkan bersempena sambutan 100 tahun penubuhan Royal Pahang Polo Club, yang menjadi antara kelab polo bersejarah…

Read More