Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 26 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan perasmian Kongres Neurosurgeri Antarabangsa 2026 yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang disambut oleh Presiden Persatuan Neurosurgeri Malaysia, Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman Izaini Ghani serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir. Razali Kassim. Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda turut berkenan menyempurnakan gimik pelancaran kongres serta pelancaran buku ‘Neurosurgical Unlocked’ serta mengurniakan penyampaian NAM Distinguished Educator Awards sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dalam bidang pendidikan neurosurgeri.…

Read More

KUANTAN, 21 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang hari ini berkenan menerima mengadap Anggota Ahli Ulama Kanan Al-Azhar yang juga merupakan bekas Mufti Mesir, Fadhilatut Allamah Profesor Dr. Ali Jum’ah Muhamad Abdul Wahab di Balai Seri Inderapura, di sini. Ketibaan Fadhilatut Allamah Profesor Dr. Ali Jum’ah Muhamad Abdul Wahab pada sesi mengadap itu disambut dengan penuh hormat sebelum beliau berkesempatan menghadap dan mengadakan perbincangan bersama Paduka Baginda. Sesi mengadap berkenaan turut mencerminkan hubungan erat serta kerjasama dalam bidang keilmuan Islam antara institusi diraja Pahang dengan ulama dan institusi keilmuan Islam antarabangsa. Selesai sesi mengadap, Paduka Baginda berkenan…

Read More

KUANTAN, 21 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang hari ini berkenan menerima mengadap YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar bersama ketua-ketua jabatan negeri di Pejabat Istana Abdulaziz (IAA), di sini. Sesi mengadap itu turut disertai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (PSK), Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Pahang, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang (UPNP) serta Pengarah Pelaburan Negeri Pahang. Pada sesi berkenaan, Paduka Baginda berkenan menerima persembahan taklimat oleh YB Dato’ Sri Setiausaha…

Read More

KUALA LUMPUR, 20 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli menyempurnakan perasmian Program Dari Mikro ke Kecil yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, di sini, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda disambut Pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM), Dato’ Fully Chye Goet Lee. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin serta Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Sri Suraini Dato’ Ahmad. Pada majlis itu, Paduka Baginda berkenan menyaksikan persembahan video montaj sebelum…

Read More

PEKAN, 20 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Sukan Rakyat Sempena Sambutan Ke-100 Tahun Kelab Polo Diraja Pahang di sini hari ini. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berangkat pada jam 10 pagi itu berkenan menyertai beberapa acara bersama para pengunjung seperti tarik tali, tarik upih dan lastik. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku turut menyantuni rakyat dan berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang acara dan hadiah cabutan bertuah. Turut mengiring ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir…

Read More

ULU TEMBELING, 19 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif Cawangan (LEC) Ke-3 Persatuan Pandu Puteri Cawangan Pahang yang berlangsung di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Pahang disambut Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Cawangan Pahang, Puan Nor Azlina Zainab Abidin serta 42 perwakilan yang hadir. Paduka Baginda berkenan mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung kira-kira lebih dua jam itu dengan mendengar taklimat serta perbincangan mengenai pelbagai perkara berkaitan pengurusan, perancangan serta pelaksanaan aktiviti Persatuan Pandu Puteri Cawangan Pahang. Mesyuarat berkenaan…

Read More

GAMBANG, 18 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Gala Dinner Polo yang berlangsung di Gambang, di sini, malam tadi. Turut berangkat Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Majlis berkenaan diadakan bersempena sambutan 100 tahun penubuhan Royal Pahang Polo Club, sekali gus meraikan perjalanan panjang kelab berkenaan dalam memartabatkan dan mengembangkan sukan polo di Pahang. Pada majlis tersebut, Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan penghargaan dan anugerah kepada individu serta pihak yang telah banyak berjasa dan memberikan sumbangan terhadap pembangunan Royal Pahang…

Read More

KUANTAN, 18 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Amat Bayu Sdn. Bhd dan wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi pembangunan projek turbin angin di Pekan, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda ke majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka itu turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Turut hadir YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Duta Besar UAE ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Mubarak Saeed Ahmed Burshaid Al Dhaheri. Perjanjian berkenaan ditandatangani bagi pihak Amat Bayu oleh Pengarah…

Read More

KUANTAN, 18 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota 1 di sini, hari ini. Paduka Baginda menunaikan solat bersama jemaah lain dengan diimamkan oleh Imam 1 Masjid Tengku Ampuan Afzan, Ustaz Mohd Hafidz Mohammad Suhaile. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku kemudiannya berkenan menyantuni jemaah yang hadir dan memberi kurnia kepada kanak-kanak serta singgah membeli cendol dan rojak di gerai lori bergerak (food truck) cendol berhampiran masjid. – KESULTANAN PAHANG

Read More

PEKAN, 18 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan berangkat ke Royal Pahang Polo Club, di sini pagi tadi bagi menyaksikan saingan Kejohanan Tengku Ampuan Pahang Cup 2026 dan Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026. Dalam aksi Kejohanan Tengku Ampuan Pahang Cup 2026, pasukan Kuantan mencatat kemenangan 11-3 ke atas Jerantut. Sementara itu, pasukan Royal Pahang II turut mencatat kemenangan bergaya 9-5.5 ke atas Selangor Polo dalam saingan Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026. Pasukan Royal Pahang II turut dibarisi YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah yang beraksi bersama pasukan berkenaan. Keberangkatan Kebawah Duli…

Read More