KUANTAN, 5 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini. Allahyarham merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan baru sahaja berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov lalu. Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan…
Author: Kesultanan Pahang
BANGKOK, 4 Disember 2025 – Sengit, namun pasukan polo negara meneruskan rentak cemerlang selepas menewaskan Brunei 6-5 dalam aksi di VS Sports Club & Siam Polo Park, Samut Prakan, hari ini. Kejayaan tersebut sekaligus mengesahkan slot ke separuh akhir acara ekuestrian polo Sukan SEA Thailand 2025 yang bakal berlangsung, Isnin depan. Malaysia masih menanti siapa lawan yang akan menjadi saingan pada peringkat separuh akhir, antara Filipina atau Thailand yang akan bertemu dalam perlawanan esok. Skuad pimpinan YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini dilihat terus konsisten memburu pingat pada kejohanan…
BANGKOK, 3 Disember 2025 – Malaysia mencatat kemenangan sulung dalam saingan polo ekuestrian Sukan SEA 2025 selepas menewaskan Indonesia 8–4 pada perlawanan pembukaan di VS Sports Club & Siam Polo Park, Samut Prakan, hari ini. Pasukan Malaysia dijadualkan menghadapi cabaran daripada pasukan Brunei dalam perlawanan esok. Skuad Polo kebangsaan turut dibarisi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut beraksi dalam kedua-dua handicap (2-4 dan 4-6) sekaligus memperkukuh kekuatan jentera negara dalam usaha memburu emas di temasya kali ini. -KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 2 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah mengingatkan supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri ini. Mengulas berkenaan isu yang berlaku dan hangat diperkatakan kini, Paduka Baginda mengakui terkejut dengan perkara berkenaan dan berharap agar kegiatan seumpamanya dihentikan. “Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini.. saya harap ini tidak berlaku di Pahang. Saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan-perbuatan songsang ini dan saya minta juga Majlis Perbandaran semua inilah dan daerah semua memantau kegiatan seumpama. “Kalau ada pun…
KUANTAN, 2 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan harapan agar lebih ramai penerima zakat mampu kembali membantu asnaf lain dalam membina kehidupan yang lebih baik. “Saya harap dalam usaha kita untuk membantu asnaf-asnaf ini, kita juga meningkatkan usaha untuk mengeluarkan asnaf-asnaf ini dari belenggu kemiskinan. “Kita harap mereka akan menjadi pembayar zakat masa akan datang dan ini adalah satu teras bagi Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP),” titah Paduka Baginda. Paduka Baginda bertitah demikian ketika ditemui media selepas berkenan berangkat ke Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan…
KUANTAN, 2 Disember 2025 – Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini menerima sejumlah RM22.87 juta zakat perniagaan daripada 15 badan korporat yang tampil menunaikan kewajipan berkenaan, hari ini. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima zakat berkenaan dalam majlis penyampaian yang diadakan di Istana Abdulaziz. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 11 pagi ke Balai Temenggong diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; YAM Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa…
KDPB Sultan Pahang sentiasa memanfaatkan waktu terluang untuk aktiviti riadah terutama menghabiskan masa bersama cucuanda tersayang. Pickleball menjadi pilihan baginda sementelah Monsun Timur Laut melanda beberapa negeri termasuk Pahang yang menghadkan aktiviti luar seperti berbasikal, polo dan golf. Paduka Baginda turut diiringi Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz dan paduka-paduka cucuanda berangkat ke gelanggang The Palm Pickleball & Padel Club di Kuantan semalam (26 November 2025). Pickleball berasal dari Amerika Syarikat, khususnya di Bainbridge Island, Washington, pada tahun 1965 kini semakin menarik perhatian peminat sukan di Malaysia sejak 2019. Sukan ini…
PEKAN 25 November 2025 – Tiada tempat untuk penagih dadah menghuni di Tanah Kesultanan (tanah kurniaan Sultan Pahang). Demikian tegas KDPB Sultan Pahang menasihati ibu bapa agar memberi perhatian terhadap pembentukan jati diri anak-anak serta memastikan mereka menjauhi gejala negatif termasuk penyalahgunaan dadah. “Di sini saya nak ingatkan, mana-mana anak yang terlibat dengan dadah, akan saya usirkan dari Tanah Kesultanan kerana saya hendak rakyat yang tinggal di Tanah Kesultanan ini benar-benar bersih dari segala aspeknya. “Pertama, kebersihan di rumah dan kebersihan diri anak-anak muda kita ini,” titah Paduka Baginda ketika berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat…
PEKAN 25 November 2025 – KDPB Sultan Pahang memilih Laman Pekan Lama di sini untuk berkumpul bersama rakan-rakan sekelas ketika darjah satu di Sekolah Rendah Ahmad pada tahun 1966. Restoran Dapur Belange Tok Mok yang menyajikan hidangan lauk-pauk tradisi Pekan menjadi pilihan santapan tengahari baginda. Di kesempatan itu, Paduka Baginda turut beramah mesra dan bergambar kenang-kenangan bersama pengunjung serta penduduk setempat.- KESULTANAN PAHANG
Demikian titah KDPB Sultan Pahang selepas mempengerusikan Majlis Taklimat Pengurusan Bil 2/2025 Majlis Kesultanan Pahang di Pekan, Pahang pada 25 November 2025. Paduka Baginda turut menitipkan titah agar semua para pegawai lebih proaktif dalam membantu rakyat dan menyalurkan segera maklumat berkaitan kepada baginda atau kerajaan negeri. “Berkenaan dengan musim banjir yang dijangka berlaku kali ini saya harap semua pegawai dalam keadaan siap sedia untuk menghulurkan pertolongan,” titah baginda. – KESULTANAN PAHANG





