Author: Kesultanan Pahang

BENTONG, 9 Januari 2026- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Karak Setia, di sini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail. Solat Jumaat dipimpin oleh Imam 1 Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong, Imad Haji Idris, manakala khutbah Jumaat disampaikan oleh Kadi Daerah Bentong, Al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Zaharuddin Mohd Alias. Di…

Read More

BENTONG, 9 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Emirates Red Crescent (ERC) di Kampung Perdak hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Agung Emirates Red Crescent, Tuan Yang Terutama Ahmed Sari Almazrouei; Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia; Tuan Yang Terutama…

Read More

KUANTAN 9 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj bersama-sama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Tujuh Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di Istana Abdulaziz di sini semalam. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin, doa selamat dan solat Maghrib yang diimamkan oleh Mufti Pahang,…

Read More

PEKAN, 7 Januari 2026 – “Minuman kegemaran tuanku yang selalu dipesan ialah Ice Latte dan Matcha Nyor apabila setiap kali singgah ke kafe kami”. Demikian kata pemilik kafe Matcha & Dessert di Laman Pekan Lama, Najmuddin Muif, 31, yang turut berkongsi rasa gembira dengan kesudian Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang sudah beberapa kali singgah ke kedai kopi miliknya. “Alhamdulillah, hari ini tuanku singgah lagi, kadang-kadang tuanku ‘drive-thru’ sahaja. Hari ini tuanku pesan ais latte dan chicken curry puff. “Sudah pasti keberangkatan Paduka Baginda buat saya dan…

Read More

Perasaan teruja yang sukar diungkapkan kata, seakan-akan berada di alam mimpi. Itulah yang dirasai oleh dua penuntut Universiti Automotif DRB-Hicom, Pekan apabila menerima ucapan hari lahir secara langsung daripada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah. Nur Azreen binti Suliman dari Selangor dan Allysa Sofea binti Mohd Halimi dari Johor bersama rakan mereka, Rosayuni Nur Shahaain yang berasal dari Sabah, langsung tidak menyangka sambutan hari lahir yang dirancang secara sederhana bertukar menjadi detik paling bermakna dalam hidup mereka. Ketika meraikan hari istimewa itu di kafe Matcha & Dessert, Laman…

Read More

PEKAN, 7 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan bercemar duli berangkat melihat serpihan dipercayai objek dari angkasa di Nenasi di sini. Objek berkenaan kini diletakkan di Balai Polis Nenasi bagi tujuan pengawasan dan kajian oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit melihat objek berkenaan dari dekat serta mendengar persembahan taklimat oleh Penguasa Angkasa dari Bahagian Penguasa Angkasa MOSTI, Encik Mhd Fairos Asillam. Paduka Baginda turut menerima sembah maklum berkenaan kajian yang masih dilakukan oleh…

Read More

PEKAN, 7 Januari 2026 – “Kurniaan Kebawah Duli Tuanku ringgankan beban kehidupan kami.” Demikian luahan golongan asnaf di sekitar Nenasi di sini selepas menerima kurniaan yang diterima daripada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini. Kurniaan itu ternyata meringankan beban mereka menampung kehidupan seharian malah menjadi semangat untuk memulakan kehidupan di tahun baharu ini. Bagi Faridah Samsudin, 60, dari Kampung Nenasi Pantai, cuaca tidak menentu kini menyukarkan suaminya, Izal Khairi Hassan, 62, mencari rezeki. “Suami saya hanya kerja kampung, potong rumput dan baiki rumah. Cuaca hujan memang…

Read More

CAMERON HIGHLANDS 6 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat untuk santapan pagi di The Box Port Hub, Tanah Rata di sini hari ini. Keberangkatan tiba Paduka Baginda pada pukul 10.00 pagi disambut oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Dr. Ramli Dato’ Mohd Nor; Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar Nordin dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH), Dato’ Zaman Azam Mohamat Sarif@Ahmad. Paduka Baginda memilih nasi kerabu ayam bakar dan teh tarik untuk santapan pagi sebelum meluangkan masa menyantuni…

Read More

KDPB Sultan Pahang tidak melepaskan peluang untuk meninjau aktiviti pertanian, perniagaan dan pelancongan sekitar Cameron Highlands sebaik sahaja selepas acara rasmi pada lawatan kali ini. Dengan memandu sendiri, Paduka Baginda berpeluang menyaksikan kawasan lalu-lintas, premis jualan, bangunan perniagaan dan kebun moden. Selain menyantuni pengusaha dan pelancong, Paduka Baginda turut melihat kemudahan yang disediakan termasuk jambatan yang baharu siap di bina di Kampung Sedia di sini. Terdahulu, Paduka Baginda berkenan melawat Sustainable Modern Agriculture Cameron Highlands (SMACH) Agropark Fasa 1 di sini (5 Januari 2026). – KESULTANAN PAHANG

Read More

CAMERON HIGHLANDS 5 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menyifatkan lawatan kerja di daerah itu cukup mengimbau nostalgia sewaktu muda terutama ketika bersama-sama paduka ayahanda, paduka bonda dan paduka nenda. “Saya anggap lawatan ini sebagai lawatan nostalgia. Sudah lama saya tidak dengar taklimat terperinci berkaitan Cameron Highlands. Saya anggap Cameron Highlands satu daerah yang cukup dekat di hati saya…dapat mengimbas kembali banyak kenangan manis waktu saya muda terutama ketika bersama paduka ayahanda, bonda dan nenda. “Setiap sudut dan pelosok ada sejarahnya. Ada kenangan. Justeru, saya…

Read More