KUALA LUMPUR, 10 Februari 2026- YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja(MRR) Kali Ke-271 di Istana Negara di sini hari ini. Kehadiran YAM Tengku Arif Bendahara ke mesyuarat berkenaan adalah selaku wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. MRR ke-271 yang bermula esok selama dua hari hari akan dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.-KESULTANAN PAHANG
Author: Kesultanan Pahang
KUALA LUMPUR, 9 Februari 2026 – YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyerikan pameran CIMB Minggu Seri-Ibu Kraf 2026 yang berlangsung di Serai Hall, Kuala Lumpur Golf & Country Club Mall (KLGCC) dengan mempamerkan hasil idea dan rekaan kreatif tersendiri. Penyertaan YAM Tengku Puteri Jihan dalam pameran berprestij itu mencerminkan minat mendalam YAM Tengku Puteri Jihan terhadap seni kraf tempatan, khususnya dalam memperkasa tekstil tradisional seperti tenun dan ikat ke dalam konteks reka bentuk moden. Menurut YAM Tengku Puteri Jihan projek yang dipamerkan merupakan inisiatif peribadi yang dibangunkan sejak beberapa…
KUALA LUMPUR, 9 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah Piala Seri-Ibu Kraf 2026 di KLGCC Mall di sini hari ini. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku pada pukul 3.15 petang disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, YBhg. Dato’ Seri Azmir Merican. Majlis penyampaian hadiah Piala Seri-Ibu Kraf 2026 ini bertujuan mengiktiraf kecemerlangan hasil kraf tempatan serta mengangkat martabat…
KUANTAN, 9 Februari 2026 — Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan bercemar duli berangkat merasmikan kilang pemprosesan biojisim milik Elridge Energy Holdings Berhad di Gebeng, di sini. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 11 pagi disambut Pengerusi Elridge Energy, Tan Sri Dr Azmil Khalil Dato’ Khalid dan Pengerusi Felda, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Paduka Baginda berkenan menandatangani plak perasmian sebelum berangkat melawat kilang Bio Eneco serta melihat operasi kilang ini yang dijangka dapat memperkukuh peranan Pahang sebagai hab tenaga boleh diperbaharui berorientasikan eksport. Kilang berkapasiti 240,000…
PEKAN, 8 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Sahabat-Sahabat Ahmad Primary School Pekan bagi tahun 1966–1971 di sini hari ini. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku menyifatkan penganjuran majlis seumpama ini sebagai satu amalan mulia di sisi agama kerana mampu mengeratkan ukhuwah sesama sahabat lama, di samping menjadi ruang untuk saling bermaaf-maafan dan mengimbau kenangan silam. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut menasihati sahabat-sahabat agar sentiasa menjaga kesihatan supaya dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan…
KUANTAN 8 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan Pementasan Tralokal Teater Gamelan “Tari Tenun Berurai Emas” di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato Sri Najib. Pementasan Tralokal Teater Gamelan “Tari Tenun Berurai Emas” mengisahkan perjuangan Sultan Ahmad Muadzam Shah bersama para pahlawan Pahang pada kurun ke-18 ketika menentang Residen British pertama di Pahang, J.P Rodger.…
KUANTAN 6 Februari 2026- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Kuantan di sini. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Solat Jumaat diimamkan oleh Ustaz Ahmad Umair. Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi dan menyantuni orang ramai. – KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 6 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang terdiri daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar; Naib Canselor UMPSA, Prof. Dr. Yatimah binti Alias dan Pendaftar UMPSA, YH Dato’ Saiful Bahri bin Ahmad Bakarim di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku seterusnya berkenan menerima mengadap Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH Tok Muda Dato’ Hj Ahmad Khirrizal bin Ab Rahman.- KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 6 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan perkenan agar Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (UniPSAS) dijenamakan semula dengan nama baharu iaitu Universiti Al-Quran, sekaligus menjadikannya universiti Al-Quran pertama di negara ini. Paduka Baginda bertitah, usaha memartabatkan agama Islam di Negeri Pahang terus diperkukuhkan melalui pengukuhan institusi Al-Quran, dengan penubuhan universiti berteraskan pengajian Al-Quran sebagai teras utama. Menurut Paduka Baginda, penjenamaan semula tersebut bukan sekadar perubahan nama, sebaliknya menjadi simbol hala tuju yang jelas dalam menjadikan Al-Quran sebagai mercu tanda pembangunan ilmu…
KUANTAN, 6 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat merasmikan penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Kali Ke-69 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah…





