Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 20 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Bersempena sambutan Syawal pada tahun ini, Paduka Baginda mengingatkan umat Islam agar tidak melupakan hakikat sebenar Aidilfitri sebagai hari kesyukuran setelah menyempurnakan ibadah puasa sepanjang Ramadan. Paduka Baginda menyeru rakyat supaya menggunakan kesempatan ini untuk mempereratkan silaturahim, memperbaiki hubungan sesama insan serta saling bermaaf-maafan. Paduka Baginda turut menasihatkan orang ramai yang akan pulang…

Read More

KUANTAN 19 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Terawih di Surau Istana Abdulaziz, Kuantan. Turut mengiringi, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.-KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 19 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menasihatkan rakyat khususnya yang memandu pulang berhari raya agar sentiasa bersabar dan berhemah ketika di jalan raya atau lebuh raya kerana aliran trafik di beberapa laluan utama ketika ini amat sesak. Atas keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda sendiri berkenan meninjau dari udara aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke Pantai Timur yang mengalami kesesakan hari ini berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Sehubungan itu, Paduka Baginda bertitah agar…

Read More

PEKAN, 17 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat mengurniakan Bantuan Aidilfitri kepada 143 asnaf yang merupakan penduduk di Tanah Kesultanan dalam satu majlis di Dewan Utama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini hari ini. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku kemudiannya turut berkenan berangkat menyerahkan rumah baharu kepada empat buah keluarga dari Tanah Kesultanan di Kampung Permatang Pauh di sini. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut bertitah agar semua penduduk di Tanah Kesultanan terus menjaga kebersihan, keindahan…

Read More

KUANTAN 16 Mac 2026 – Raja dan Rakyat.. Berpisah tiada. Demikian perumpamaan sesuai buat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sekeluarga bercemar duli untuk sama-sama merasai apa yang menjadi kesukaan rakyat jelata termasuk berbuka puasa duduk bersila di tikar berlantaikan rumput dan berbumbungkan langit. Bagaikan acara wajib saban tahun, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bersama-sama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang pastinya berangkat berbuka puasa bersama rakyat di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) di sini. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah…

Read More

KUANTAN, 16 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Zeenath Kausar yang meninggal dunia hari ini. Allahyaraham Dr. Zeenath Kausar merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari tahun 1990 hingga 2006 di Jabatan Sains Politik sebelum meneruskan khidmat di Universiti Qatar di Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa dari tahun 2007 hingga 2009. Terkenal sebagai pakar dalam pemikiran Islam dan barat…

Read More

MARANG 15 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan bercemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk Untuk Penghuni Penjara Marang di sini hari ini. Turut mengiring ialah YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Penjara…

Read More

KUANTAN 14 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Pahang di Padang MBK 1, hari ini. Paduka Baginda berangkat tiba pada pukul 2.20 petang dengan diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sebanyak tiga periuk besar bubur lambuk Pahang berjaya dimasak dengan 3,000 bekas diedarkan kepada orang ramai. Paduka Baginda turut menyantuni orang ramai dan bersama-sama…

Read More

KUANTAN, 13 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob yang meninggal dunia hari ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat pneumonia. Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Paduka Baginda berdua turut…

Read More

KUALA LIPIS, 13 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saiyidina Ali bin Abi Talib,di sini hari ini. Berangkat sama, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Solat Jumaat telah dipimpin oleh Imam Zainurin bin Ismail selaku imam dan khatib, dengan khutbah bertajuk Lailatul Qadar. Paduka Baginda turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan jemaah yang hadir. – KESULTANAN PAHANG

Read More