KUANTAN, 13 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan Korporat di Balai Temenggung, Istana Abdulaziz di sini hari ini. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada jam 3.00 petang disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Dr. Haji Mohd Azmi bin Haji Othman. Majlis kali ini menyaksikan penyerahan zakat daripada 14 buah badan korporat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM20.91 juta kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Badan korporat terlibat…
Author: Kesultanan Pahang
CYBERJAYA, 13 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan berangkat menyaksikan perlawanan polo ‘Charity Shield Polo Tournament, RYT Bank’ antara pasukan Royal Pahang menentang Royal Pahang II di Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC), di sini hari ini. Pasukan Royal Pahang yang dibarisi YAM Tengku Panglima Perang, menang perlawanan tersebut dengan keputusan 8 berbalas 6. Manakala pasukan Royal Pahang II diketuai Tengku Panglima Raja. – KESULTANAN PAHANG
KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke -273 di Istana Negara di sini hari ini. MRR ke-273 ini dipengerusikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al Maghfur-Lah selama dua hari bermula esok.-KESULTANAN PAHANG.
KUANTAN, 12 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan sebuah rumah dan juga bantuan baik pulih rumah kepada tiga mangsa yang terjejas akibat kebakaran di Taman Impian, di sini sebagai tanda keprihatinan Paduka Baginda terhadap nasib rakyat yang ditimpa musibah. Majlis pengurniaan dihadiri Panglima Wilayah Laut 1, Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, YH Laksamana Muda Dato’ Azman bin Raban, serta Setiausaha Sulit Khas kepada KDPB Sultan Pahang, Tok Aria Rakna Ahmad Norbadelin Abdul Murad TLDM bertindak sebagai pelaksana projek pembinaan dan baik pulih rumah kurniaan Paduka Baginda itu, yang…
KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bertitah bahawa hubungan bersejarah antara keluarga Orang Kaya Indera Shahbandar dengan institusi Kesultanan Pahang merupakan warisan penting yang berteraskan kesetiaan, tanggungjawab dan khidmat bakti kepada negeri. Paduka Baginda bertitah, hubungan yang mempunyai akar sejarah panjang dan turut tercatat dalam Hukum Kanun Pahang itu mencerminkan peranan penting keluarga pembesar negeri dalam membantu pemerintah memajukan Pahang, bukan sahaja dalam aspek pentadbiran, malah merangkumi pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Sementara itu, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bertitah bahawa hubungan antara keluarga Orang Kaya Indera Shahbandar dengan institusi Kesultanan…
KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menzahirkan rasa kagum dan bangga terhadap legasi kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang disifatkan sebagai seorang tokoh berwawasan, berintegriti serta mempunyai komitmen tinggi dalam memacu pembangunan negara. Paduka Baginda bertitah, dokumentari Man Who Walked the Talk: The Tun Razak Story bukan sahaja memberikan gambaran lebih mendalam mengenai perjalanan hidup dan keperibadian Allahyarham, malah mengetengahkan pemikiran, wawasan serta hubungan Allahyarham dengan tokoh-tokoh yang pernah bersama-sama beliau sepanjang menerajui kepimpinan negara.“Secara peribadi, saya begitu kagum dan teruja dengan dokumentari ini serta perkongsian daripada tetamu yang menceritakan hubungan mereka dengan…
KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan tayangan dokumentari 𝘔𝘢𝘯 𝘞𝘩𝘰 𝘞𝘢𝘭𝘬𝘦𝘥 𝘵𝘩𝘦 𝘛𝘢𝘭𝘬: 𝘛𝘩𝘦 𝘛𝘶𝘯 𝘙𝘢𝘻𝘢𝘬 𝘚𝘵𝘰𝘳𝘺 di Aurum Theatre, The Exchange TRX, di sini hari ini. Keberangkatan tiba Paduka Baginda berdua disambut oleh Yang Dihormat Orang Kaya Indera Shahbandar, Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib; Pengerusi Yayasan Tun Razak, Tan Sri Nazir Razak serta ahli keluarga Allahyarham Tun Razak. Turut hadir adalah tokoh veteran dan negarawan terkemuka dalam arena politik Malaysia, YM Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa…
CYBERJAYA 9 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan perlawanan polo ‘𝑪𝒉𝒂𝒓𝒊𝒕𝒚 𝑺𝒉𝒊𝒆𝒍𝒅 𝑷𝒐𝒍𝒐 𝑻𝒐𝒖𝒓𝒏𝒂𝒎𝒆𝒏𝒕’ antara pasukan Sri Bendahara dengan Citaglobal La-Raza di Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC), Cyberjaya di sini semalam. Pasukan Sri Bendahara yang diketuai YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menang pada perlawanan tersebut dengan keputusan 7 berbalas 4.5. Lebih manis, YAM Tengku Arif Bendahara turut menyumbang dua jaringan yang amat menarik.- KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 7 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, semalam. Almarhumah yang merupakan adinda kepada isteri Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun. Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita serta merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat dan…
CYBERJAYA, 3 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Makan Malam Gala Diraja anjuran Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC) bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norasyikin, di sini semalam. Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang bersama-sama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Majlis Makan Malam Gala Diraja itu diadakan bersempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan…






