Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 25 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan tahniah di atas kelahiran cahaya mata kembar tiga tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) kepada Mejar Ir. Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim dan Puan Sabrina Hakiem Zaini. Paduka Baginda turut menzahirkan rasa syukur dan gembira di atas kelahiran Maryam Al Lubna (9.40 pagi), Maryam Al Khawla (9.42 pagi) dan Maryam Al Arwaa (9.46 pagi) di Hospital…

Read More

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Tayangan Khas Filem Hanyut di Perbadanan Kemajuan Filem National Malaysia (FINAS), Kompleks Studio Merdeka di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 3 petang turut diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir menyambut keberangkatan tiba Paduka Baginda ialah Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Hans Isaac; Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dato’…

Read More

KUANTAN, 22 Oktober 2025- Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke sesi latihan PASKAU bagi modul ‘Close Air Support”, hari ini. Sesi latihan yang diadakan di Pangkalan Udara TUDM Kuantan itu bertujuan untuk memperkukuh kefahaman serta keupayaan taktikal dalam operasi udara. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku juga berkenan menaiki pesawat pejuang SU-30MKM dalam latihan tersebut bersama Kolonel Mohd Norazan bin Othman dan membuat pnerbangan kira-kira satu jam sekitar daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Read More

KUANTAN, 19 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat beragama Hindu di negeri Pahang dan di seluruh negara. Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar sambutan perayaan ini diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, kasih sayang dan keharmonian bersama keluarga serta masyarakat setempat. Semoga sambutan perayaan ini terus membawa kedamaian, kesejahteraan dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri…

Read More

CYPRUS, 18 Oktober 2025 -Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan bercemar duli berangkat ke British Forces Cyprus iaitu tempat Paduka Baginda menjalani latihan ketenteraan pada tahun 1978. Keberangkatan penuh nostalgia itu diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan paduka anakanda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.- KESULTANAN PAHANG

Read More

CYPRUS, 18 Oktober 2025 – Selepas lebih empat dekad, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini kembali menjejakkan kaki ke British Forces Cyprus iaitu tempat Paduka Baginda menjalani latihan ketenteraan sebelum ini. Kunjungan tersebut nyata mengembalikan nostalgia dan momen terindah yang sama sekali tidak pernah pudar dari ingatan Paduka Baginda ketika menjalani latihan pendaratan pantai selama 10 hari di Kawasan Pangkalan Berdaulat Barat (Western Sovereign Base Area). Paduka Baginda turut berkenan bertemu semula dengan rakan-rakan seplatun dari zaman latihan berkenaan, termasuk Kolonel (Bersara) Mark Underhill yang turut…

Read More

KUANTAN, 16 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Hussain atas kejayaan menamatkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengajian Islam (Syariah) daripada Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS). Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tersebut yang menyerlahkan dedikasi mendalam terhadap ilmu dan perjuangan berterusan dalam memperkasa…

Read More

KEMAMAN, 15 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan ucapan takziah dan berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris pengusaha Warung Aziz Satar, Allahyarham Aziz Awang, 68, yang maut dalam kemalangan jalan raya pada Jumaat lalu. Kurniaan Paduka Baginda disampaikan oleh Pegawai Khas KDPB Sultan Pahang, YH Dato’ Abd Rahman Endut menerusi anak sulung Allahyarham, Rosmaini Aziz, 45, di warung mereka di Kemaman pada Ahad lalu. Rosmaini bersama 10 adik beradik bukan sahaja kehilangan bapa tetapi ibu mereka turut meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Terdahulu, kejadian kemalangan…

Read More

SHAH ALAM 13 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke majlis perkahwinan pacal didik YH Dato’ Zuraida binti Mokhtar dan YBhg Tuan Haji Zamil bin Zakaria di Dewan Jubli Perak di sini semalam. Paduka Baginda berangkat tiba pada jam 8.30 malam bagi meraikan pasangan pengantin, Ahmad Zahir bin Ahmad Suhaidin dengan Miza Amani binti Zamil. YH Dato’ Zuraida merupakan Setiausaha Kehormat Yayasan Tenun Pahang Diraja yang dinaungi Paduka Baginda. Beliau juga adalah bekas Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku…

Read More

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2025; Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli ke Pertandingan Golf Wanita “The Ladies’ Golf Tournament 2025” di Kelab Golf The Mines (The Mines Resort & Golf Club), disini, semalam. Kejohanan yang julung kali diadakan untuk golongan wanita ini akan berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober 2025 dan menampilkan lebih 60 peserta dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000. Acara bermula dengan pusingan Pro-AM pada 12 Oktober 2025 yang akan disertai KDPB Tengku Ampuan Pahang. Turut terlibat, Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah, Che…

Read More