Author: Kesultanan Pahang

PEKAN, 4 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan tinggi agar institusi pendidikan Islam di negeri ini, khususnya Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang, terus diperkasa sebagai teras penting pembentukan insan rabbani yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Titah Paduka Baginda, satu pelan strategik yang menyeluruh, jelas dan berpandangan jauh perlu digarap segera bagi memastikan pembangunan institusi pendidikan Islam terus relevan dan unggul. “Pelan ini perlu merangkumi aspek akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah pelajar secara seimbang. “Matlamat kita bukan sekadar melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan, tetapi…

Read More

PEKAN, 4 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan saranan agar sebuah Jawatankuasa Auditor Kewangan Masjid ditubuhkan di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi memastikan pengurusan kewangan masjid di seluruh negeri dilaksanakan secara telus, profesional dan berintegriti. Titah Paduka Baginda, kewangan masjid yang sebahagian besarnya berpunca daripada sumbangan dan derma masyarakat perlu diuruskan dengan penuh amanah dan tanggungjawab, sejajar dengan kepercayaan yang diberikan oleh umat Islam. “Oleh itu, setiap masjid perlu melalui proses audit kewangan secara berkala dan terperinci. Ini adalah langkah yang penting bagi memastikan setiap duit sumbangan…

Read More

PEKAN, 4 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan agar enakmen syariah di negeri ini dikaji semula secara menyeluruh dan bukan sekadar semakan kosmetik, sebaliknya dilaksanakan sebagai satu reformasi berlandaskan maqasid syariah. Paduka Baginda bertitah, dalam menghadapi cabaran zaman yang semakin mencabar dan menggugat prinsip syariah, sudah tiba masanya peruntukan undang-undang Islam di Pahang digubal dengan lebih mendalam serta selari dengan lima prinsip utama maqasid syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Baginda menegaskan, setiap peruntukan baharu mestilah mencerminkan realiti masyarakat Islam kontemporari…

Read More

PEKAN, 4 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Kali Ke-196 di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua MUIP, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif MUP, Dato’ Haji Ahmad Hairi Bin Hussain. Paduka Baginda berkenan mendengar pembentangan dan perbincangan…

Read More

KUANTAN, 4 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah mengingatkan pemilik atau pengurus kelab golf di negeri ini khususnya di bawah kelolaan Kerajaan Negeri menjaga kelab masing-masing dengan baik. Paduka Baginda bertitah, kelab-kelab yang ada perlu diselenggara dengan baik agar kemudahan yang ada sentiasa terjaga dan tidak rosak sehingga menyebabkan tiada orang yang mahu datang bermain. “Saya berharap agar kelab-kelab golf yang ada ini dijaga dengan baik, kalau tak minat nak jaga lebik baik tutup sahaja. Tanah (kelab golf) itu boleh buat projek pembangunan lain…

Read More

SHAH ALAM, 2 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke sesi menembak bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj di Istana Mestika di sini hari ini. Keberangkatan Tengku Mahkota Pahang ke Istana Mestika adalah atas jemputan daripada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor. Pada sesi berkenaan baginda berdua turut berkongsi kemahiran dan pengalaman menembak serta turut bertukar idea dan pandangan bagi kedua-dua negeri. Untuk rekod, Kebawah Duli Paduka Mulia…

Read More

KUANTAN, 3 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan majlis penutupan dan pengurniaan hadiah Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025 yang melabuhkan tirainya di Kelab Golf Diraja Pahang, di sini hari ini.Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang turut berkenan mengambil bahagian sebagai peserta siri terakhir kejohanan yang berlangsung. Paduka Baginda berdua bermain dalam satu pasukan bersama YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin…

Read More

Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Ogos 2025 bersamaan 9 Safar 1447H. Patik sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan inayah Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang sempurna, dipanjangkan usia, diluaskan rezeki, berbahagia selalu serta sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah SWT. – KESULTANAN PAHANG.

Read More

USIA BUKAN HALANGAN…Baharu sahaja menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-66, namun bukan kekangan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah gagah memimpin pasukan Paduka Baginda untuk menjulang Piala Tengku Ampuan pada perlawanan akhir Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, Pekan, Pahang pada 2 Ogos 2025. Hebat mengasak lawan, Paduka Baginda membuktikan bahawa kecintaan dan minat yang mendalam terhadap sukan Polo terus membara dengan aksi yang dipamerkan sepanjang perlawanan. Pasukan Baginda, Royal Pahang Citaglobal berjaya menewaskan pasukan Las Chicas yang turut diwakili…

Read More

PEKAN, 3 Ogos 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club di sini semalam. Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Jogo Polo dinobatkan sebagai johan selepas berjaya menewaskan pasukan Royal Pahang Polo Club manakala pasukan Royal Pahang Citaglobal berjaya merangkul Piala Tengku Ampuan selepas menewaskan pasukan La Chicas. Turut berangkat ialah Kebawah Duli…

Read More