KUANTAN 30 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan, di sini hari ini. Berangkat sama, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Solat Jumaat telah dipimpin oleh Mohd Hafiz bin Mohd Suhailie selaku imam dan khatib, dengan khutbah bertajuk Keutamaan Nisfu Syaaban. Paduka Baginda turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan jemaah yang hadir. – KESULTANAN PAHANG
Author: Kesultanan Pahang
GENTING HIGHLANDS, 27 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santuni Kasih Diraja Bersama Anak Yatim dan Asnaf bersempena pembukaan rasmi Restoran Mohd Chan Genting Permai hari ini. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pukul 3.30 petang disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Chan Group serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi Dan Usahawan Negeri Pahang, Dato’ Amizar bin Abu Adam selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang. Pada majlis berkenaan, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berkenan bersama-sama meraikan 60…
KUALA LUMPUR, 26 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Diraja My Future Leaders 2026 anjuran Yayasan Allamiyyyah bersama PETRONAS di Malaysia Petroleum Club, hari ini. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pada jam 12.30 tengah hari disambut oleh Pengarah Yayasan Allammiyyah, Encik Muhamad Najmi Dato’ Mohd Aris dan Pengurus Besar Kanan, Perhubungan Pihak Berkepentingan PETRONAS, Encik Khairuddin M. Jaafar. Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar cemerlang tingkatan lima daripada Maahad Tahfiz Negeri Pahang (TMP) yang bakal menduduki Sijil…
KUANTAN, 26 Januari 2026 – “Saya rasa seperti mimpi apabila rakan sekelas saya adalah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang”. Demikian luah Amirah Husna Mohd Nazri, 27, pelajar sarjana daripada International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang turut serta sempena Lawatan Sambil Belajar di Muzium Pahang kelmarin. Amirah memaklumkan bahawa dia cukup teruja dan gembira apabila Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai sejarah Kesultanan Pahang. “Alhamdulilah, saya bersyukur sangat dan ini akan menjadi kenangan terindah yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. “Junjung Kasih Tuanku kerana berkenan…
KUANTAN 26 Januari 2026 -Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke galeri-galeri Muzium Pahang di Pekan dan Kuantan selama dua hari bermula Sabtu lalu. Lebih istimewa, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku membawa pensyarah dan rakan-rakan sekelas dari International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku yang kini mengikuti pengajian di peringkat sarjana turut berpeluang berkongsi pengetahuan berkenaan Hukum Kanun Pahang dan Kesultanan Pahang kepada ahli rombongan. Antara tempat yang dilawati dengan diketuai sendiri oleh Kebawah…
KUALA LUMPUR, 25 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Perkahwinan Pacal Didik Yang Hormat Dato’ Haris Onn di sini semalam. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pukul 8.00 malam disambut oleh pasangan pengantin, Cik Sara Sabrina Binti Haris dan Mohamed Yusuf Al Sadiq bin Mohamed Azmin. Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. -KESULTANAN PAHANG
PEKAN 24 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menunaikan solat Asar di Masjid Tengku Ampuan Fatimah, Kampung Padang Polo, Pekan di sini hari ini. Usai solat, Paduka Baginda berkenan meluangkan masa beriadah di sekitar Padang Polo bagi melihat kemajuan pembinaan bangunan Royal Pahang Polo Club sebagai persediaan Pertandingan Polo sempena 100 tubuh penubuhan kelab itu kelak.- KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 24 Januari 2026 -Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan kebimbangan berkaitan isu pemberian taraf penduduk tetap (PR) dan kewarganegaraan. Paduka Baginda Tuanku bertitah perkara berkenaan bukan sekadar isu pentadbiran, tetapi menyentuh amanah, integriti, keadilan dan maruah sebuah bangsa berdaulat dengan pemberian keistimewaan berkenaan bukanlah urusan kecil yang boleh dilayan sambil lewa. “Kewarganegaraan bukan hanya sekeping dokumen dan sekadar pengiktirafan undang-undang, ia adalah ikrar kesetiaan, sumpah setia kepada raja dan tanah air. “Kewarganegaraan juga bukan ganjaran yang boleh dijual beli, bukan hadiah kuasa dan bukan tiket mudah…
KUANTAN 24 Januari 2026 -Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan pesanan buat anak-anak muda agar menghindari gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta bangkit menjadi generasi yang memutuskan rantaian kotor itu. “Dengar dan ingat baik-baik wahai anak muda, rasuah itu bukan rezeki, ia najis. Penyalahgunaan kuasa itu bukan kebijaksanaan, ia racun. Kekayaan haram itu bukan kejayaan, ia kutukan yang menunggu waktu. “Jangan wariskan kepada anak cucu, sebuah negara yang megah pada bangunan, tetapi busuk pada asas, jangan jadikan Malaysia sebuah tanah air, yang kaya di atas kertas, tetapi…
KUANTAN, 24 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke program Wacana Belia Diraja 2026 di sebuah hotel di sini hari ini. Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Wacana bertemakan “Titah Diraja, Amanah Belia : Membina Masa Depan Pahang Berdaulatβ itu menghimpunkan 500 peserta terdiri daripada kepimpinan persatuan belia, mahasiswa institusi pengajian tinggi serta pihak berkepentingan dalam bidang pembangunan belia dan kenegaraan. Program itu juga ialah inisiatif…





