Author: Kesultanan Pahang

PEKAN, 1 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Pasar Sera yang diadakan berhampiran Padang Polo di sini semalam. Pasar Sera diadakan di situ sempena Kejohanan Royal Pahang Classic 2025 dan sudah pasti ia dipenuhi pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai menonton kejohanan tersebut. KDPM Tengku Mahkota Pahang turut berkenan menyantuni orang ramai yang menyapa dan ingin merakam gambar kenangan bersama Baginda. -KESULTANAN PAHANG

Read More

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang juga Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkenan bercemar duli berangkat ke Program Syarahan Profesor oleh Pensyarah Jabatan Kewangan, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan (KENMS), Prof. Datin Dr Nurdianawati Irwani Abdullah di UIAM di sini, hari ini. Syarahan bertajuk 1 Malaysia, 1 Impian Takaful : Terlalu Sukar Untuk Dicapai? itu memberi fokus kepada pelan tindakan komprehensif ke arah merealisasikan sasaran “1 Rakyat Malaysia, 1 Takaful” dengan menggariskan beberapa inisiatif pelaksanaan terutama berkenaan Pelan Perlindungan Kesihatan…

Read More

KUANTAN, 31 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Pahlawan 2025 kepada semua perwira dan wirawati tanah air. Sempena sambutan Hari Pahlawan pada hari ini, Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua anggota keselamatan negara – Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di atas segala jasa dan pengorbanan dalam mempertahankan kedaulatan negara serta menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat.…

Read More

PEKAN 31 Julai 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menyertai Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, Pekan, di sini. Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj turut berkenan berangkat menyaksikan kejohanan tersebut. Turut sama menyertai kejohanan yang masuk hari kelima semalam ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera…

Read More

KUANTAN, 30 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Latihan Pasukan Khas TUDM bersama Kursus Komando TUDM Siri 32/2025. KDPM Tengku Mahkota Pahang turut berkenan menyertai dan menjalani Latihan PASKAU dan Kursus Komando TUDM yang dijangka berlangsung selama tiga bulan bermula semalam dan dijangka tamat akhir Oktober 2025 nanti. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengelola Bijaya Diraja Utama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM dan Panglima Rejimen TUDM,…

Read More

KUANTAN, 30 JULAI 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menunaikan solat fardu Subuh secara berjemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan pada hari ini. Seusai solat, Tengku Hassanal turut berkenan menyantuni para jemaah lain yang turut menunaikan solat di masjid berkenaan. -KESULTANAN PAHANG

Read More

PEKAN 29 Julai 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan perlawanan Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, di sini. Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja…

Read More

PEKAN, 28 Julai 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan perlawanan Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club di sini. Perlawanan pada hari ini menyaksikan pasukan La Bendahara menentang Jogo Polo. La Bendahara diketuai oleh YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sementara itu, orang ramai turut menyaksikan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang turun padang berkenan menyertai perlawanan Kejohanan Tengku Ampuan Cup’s bagi pasukan Royal Pahang Citaglobal…

Read More

KUANTAN 28 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Pengerusi Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), YH Dato’ Haji Zamri Haji Mohamed; Ahli Parlimen Bera, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaacob dan Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YH Dato’ Sri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Istana Abdulaziz di sini hari ini. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 28 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Malam Gala Santapan Malam Pesta Kuantan 188 di Hotel Zenith di sini semalam. Turut berangkat, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta isteri, YHM Tengku Natasya Puteri binti Tengku Adnan dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin…

Read More