Author: Kesultanan Pahang

PEKAN 27 Julai 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bercemar duli berangkat menyaksikan perlawanan Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, di sini. Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan Royal Pahang Polo Club menentang Kuala Lumpur Polo Club. Royal Pahang Polo Club menang pada perlawanan tersebut dengan jaringan sebanyak 13 gol berbalas 2 1/2. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan anak Pengelola Bijaya Diraja Utama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di sini hari ini. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan…

Read More

KUANTAN, 26 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Ketua Polis Daerah Jerantut, Allahyarham Superintendan Zukri Muhammad. Allahyarham berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Saujana Utama Jerantut akibat serangan jantung kira-kira pukul 3 petang tadi. Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Paduka Baginda berdua turut…

Read More

KUANTAN, 26 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah mengingatkan bahawa gelaran dan darjah kebesaran bukan lesen untuk bermaharajalela atau menyalahguna kedudukan. Paduka Baginda bertitah, anugerah tersebut bukanlah sekadar sebutan mulia di hadapan nama mahupun perhiasan di dada yang menjadi kebanggaan dalam majlis-majlis rasmi, sebaliknya merupakan lambang kemuliaan dan amanah yang bersulam maruah. “Penghormatan ini hanya layak kepada mereka yang memelihara integriti serta menjunjung tinggi undang-undang negeri. Ia tidak boleh dan tidak akan menjadi pelindung kepada mana-mana individu yang melanggar undang-undang, mengkhianati tanah negeri atau…

Read More

KUANTAN, 26 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar kebajikan dan kepentingan rakyat di negeri ini terus diutamakan. Paduka Baginda bertitah, segala keluh kesah dan jerih perih rakyat sentiasa didengar dan dirasai apatah lagi kehidupan semakin menyesak dengan kenaikan kos sara hidup. “Beta tidak mahu rakyat beta hidup dalam ketakutan dan kekurangan. Oleh itu, beta menitahkan agar kerajaan negeri Pahang menambah baik, meluaskan dan memperkemas pelaksanaan program Inisiatif Makmur Pahang. “Bantuan bersasar mesti dipertingkat, dana kebajikan mesti ditambah, bantuan makanan, latihan pekerjaan dan perumahan…

Read More

KUANTAN, 26 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 58 individu pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 KDPB Sultan Pahang yang diadakan di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda ke Balai Mahkota pada pukul 10.30 pagi diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni…

Read More

KUANTAN 25 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Lama Permatang Badak, Kuantan hari ini. Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan jemaah yang hadir. -KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN 25 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM di Istana Abdulaziz. Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam mendengar sembah taklimat Panglima Tentera Udara berkenaan Pasukan Khas Udara (PASKAU). Pada sesi tersebut, taklimat turut berkisar berkenaan program-program semasa TUDM, aset-aset TUDM serta perancangan TUDM bagi memantapkan lagi pasukan keselamatan…

Read More

Dengan penuh rasa takzim dan junjung kasih, patik sekalian pacal-pacal warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 pada tahun ini. Sesungguhnya, patik sekalian amat menjunjung kasih atas kepimpinan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan yang adil, berwibawa, serta sentiasa menzahirkan kasih dan keprihatinan kepada segenap lapisan rakyat jelata di negeri Pahang Darul Makmur dan tanah air yang tercinta ini. Patik dan seluruh rakyat memohon ke hadrat Allah SWT…

Read More