Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN 24 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) dengan nama Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah sempena Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari…

Read More

KUANTAN, 24 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 KDPB Sultan Pahang di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda berdua turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiring…

Read More

KUANTAN, 24 Julai 2025 – Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang. Pihak Istana Pahang mengesan kewujudan akaun dengan nama ‘Tengku Ampuan Pahang’ yang menyamar sebagai Paduka Baginda dan membuat beberapa hantaran berkaitan Paduka Baginda. Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hanya memiliki akaun sosial yang aktif di Instagram namun ia bersifat peribadi. Sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan di Facebook hanya satu akaun sah Kesultanan Pahang dengan memiliki kira-kira 728,000…

Read More

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Shahzan House di sini hari ini. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Tun Datuk Seri Utama Haji Mohd Khalil bin Yaakob di Shahzan House di sini semalam. Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam membincangkan pelbagai perkara termasuk bertanya khabar dan perkembangan terkini Tun Khalil. Untuk rekod, Tun Khalil merupakan Menteri Besar Pahang ke-13 (1986 – 1999) dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 (2004-2020). Paduka Baginda kemudian turut berkenan menerima mengadap Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk…

Read More

RAUB, 22 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menziarahi keluarga Allahyarham Imam Masjid Ar Rahmat, Felda Lembah Klau di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda berdua ke rumah Allahyarham Tengku Badri Tengku Jaafar, 60, disambut balu Allahyarham, Puan Puziah Musa, 57, serta ahli keluarga lain. Paduka Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 30 minit berbual dan bertanya khabar keluarga Allahyarham termasuk mengurniakan sumbangan kepada waris Allahyarham.…

Read More

KUANTAN, 21 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Imigresen kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia, khususnya para pegawai dan anggota yang bertugas di Negeri Pahang Darul Makmur. Paduka Baginda berdua turut merakamkan penghargaan atas jasa dan khidmat bakti warga imigresen yang telah menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Semoga warga imigresen terus cekal, berintegriti dan komited dalam menyempurnakan…

Read More

KUANTAN, 20 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke acara akhir pertandingan tarik tali sempena Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) Pahang 2025 di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar di sini hari ini Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang utama dalam pertandingan tersebut dan mengurniakan cenderahati penghargaan kepada wakil Persatuan Tarik Tali Malaysia. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam…

Read More

KUANTAN, 20 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah atas usaha murni memperindah dan membersihkan kawasan Pulau Tioman melalui program gotong-royong melibatkan penduduk setempat dan agensi berkaitan. Program Gotong Royong Tioman Bersih dan Indah serta Beach Clean Up yang berlangsung di sekitar Kampung Tekek, Pulau Tioman baru-baru ini telah disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, YB Dato’ Sri Johari Hussain dan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), Tuan Haji Jumshoiry Novdany Mohd Sulaiman bersama penduduk kampung dan sukarelawan. Paduka…

Read More

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2025 – YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-269 di Istana Negara di sini hari ini. Kehadiran YAM Tengku Arif Bendahara ke mesyuarat berkenaan adalah selaku wakil Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.- KESULTANAN PAHANG

Read More