Author: Kesultanan Pahang

SINGAPURA 28 Mei 2025 – Komitmen serta kesungguhan yang telah dicurahkan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kepada golongan wanita dan kanak-kanak telah mendorong kepada pengiktirafan dan jalinan kerjasama luar negara. Paduka Baginda telah menunjukkan komitmen yang begitu hebat dalam memperjuangkan hak dan kesejahteraan wanita serta kanak-kanak di Malaysia. Melalui pelbagai organisasi bukan kerajaan (NGO) yang diusahakan dan disokong, Paduka Baginda telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan pendidikan golongan ini. Ia dapat dilihat melalui penglibatan aktif Paduka Baginda di dalam Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) yang ditubuhkan…

Read More

CHINA, 26 Mei 2025 – KDPM Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat ke beberapa fasiliti utama teknologi angkasa di Wenchang. Antara lokasi yang dilawati termasuk iSpace Reusable Rocket Facility, Satellite Super Factory dan Wenchang Aerospace Breeding Center. Kebawah Duli Tuanku yang mengetuai Delegasi Pahang turut berkenan berangkat ke sesi meja bulat bersama pengurusan Wenchang Spaceport, diikuti lawatan ke Hainan Satellite Data & Application Research Center serta Wenchang Aerospace Administration. Lawatan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam bidang satelit, teknologi roket boleh guna semula dan tenaga. Ia merupakan satu…

Read More

PEKAN 22 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Tahlil dan Istiadat Ziarah Makam Diraja sempena Istiadat Hari Hol Yang Ke-6 Kemangkatan Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar di sini hari ini. Turut berangkat ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri, YM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan; YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa…

Read More

PEKAN, 21 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat melawat Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi, di sini kelmarin. Keberangkatan Paduka Baginda mengiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bagi melihat aktiviti serta pameran Tenun Pahang yang dihasilkan di sini. Paduka Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat ke Rumah Serambi Pahang, Rumah Kelahiran Tun Razak, Balai Tengku Ampuan, Villa, Bengkel dan Balai Tengku Ampuan II di dalam perkampungan berkenaan. Turut dilawati ialah Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (Kraftangan), Cheminah…

Read More

MEMASAK bukan satu aktiviti asing atau luar biasa bagi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, malah ia adalah kebiasaan bagi Paduka Baginda khususnya untuk menjamu keluarga, kenalan bahkan tetamu di istana. Bukan hanya orang kenamaan, Paduka Baginda sentiasa menyinsing lengan baju masuk ke dapur masak bersama-sama cef dan tukang masak untuk pekerja-pekerja di istana. Paduka Baginda juga sentiasa membuat hantaran berbentuk video yang memaparkan aktiviti Paduka Baginda memasak dan terkini, Paduka Baginda berkongsi bagaimana penghasilan acar buah berkenaan dari air tangan Paduka Baginda sendiri. Dibantu sekumpulan Cef Istana Abdulaziz…

Read More

KUANTAN 19 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan majlis pelancaran bangunan Muzium Seni Kontemporari MOCA+ (MOCA-Plus) di Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Keberangkatan Paduka Baginda mengiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bagi melihat sendiri antara pameran hasil karya pengamal seni tempatan. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUALA LUMPUR 19 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Meraikan Pemain Legenda Hoki Negara Skuad Piala Dunia 1975 di sebuah hotel di sini semalam. Keberangkatan Paduka Baginda bukan hanya menyerikan malah turut mengimbau semangat juang bekas pemain skuad negara itu yang menamatkan kejohanan di tempat keempat, satu pencapaian terbaik dalam sejarah hoki negara. Paduka Baginda turut menyantuni dengan bertanya khabar dan bergambar kenang-kenangan bersama para pemain Skuad Hoki Negara 1975 yang hadir. – KESULTANAN PAHANG

Read More

MARAN 18 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) sempena Mesyuarat Agung WI Negeri Pahang Kali ke-72 di Taman Tasik Maran di sini semalam. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan masakan acar buah dan kek sarang semut, pertandingan alas meja, masakan tradisional Pahang seperti bubur liar dan demonstrasi masakan sup betik oleh KDPB Tengku Ampuan Pahang. Turut berangkat mengiring ialah YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.-KESULTANAN PAHANG

Read More

MARAN 17 Mei 2025 – Juri Pertandingan Masakan Acar Buah tidak menyangka salah satu daripada 11 hidangan yang dinilainya merupakan air tangan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang. Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74, yang merupakan bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berpengalaman selama 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan. Beliau terkesima apabila peserta yang diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, Aminah Mahmood yang tampil untuk menerima hadiah ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. “Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda. Semua…

Read More

MARAN, 17 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Mesyuarat Agung Pertubuhan Perkumpulan (WI) Negeri Pahang Kali Ke-72 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz. Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan lencana ahli seumur hidup kepada 175 orang ahli dari seluruh negeri Pahang sebelum mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Sementara itu Paduka Baginda dalam titah menzahirkan rasa bangga dengan komitmen setiap ahli WI Pahang yang…

Read More