KUALA LUMPUR 26 September 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Abdullah Bin Zubair TUDM di Sungai Besi di sini. Solat Jumaat yang diimamkan oleh Nik Muhammad Fadlan bin Nik Mahmood. Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi dan menyantuni orang ramai. – KESULTANAN PAHANG
Author: istana.admin
JERANTUT, 24 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat bercemar duli ke Program FGV Seikhlas Hati-Majlis Bayaran Zakat Perniagaan dan sumbangan kumpulan FGV di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 11.00 pagi disambut Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa; Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Dato’ Amizar Bin Abu Adam. Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda berkenan menyaksikan akad…
KUANTAN, 22 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan ucapan takziah dan berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris Allahyarham Laskar Udara 1, Muhammad Daniel Bin Khairul Azha yang meninggal dunia akibat lemas di Air Terjun Giam di Jalan Puncak Borneo, Padawan Sarawak, semalam. Kurniaan Paduka Baginda disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM kepada bapa Allahyarham, Encik Khairul Azha bin Osman di Pangkalan Udara Kuantan, petang tadi. Jenazah Allahyarham yang bertugas di Cawangan Bomba Pangkalan Udara Kuching tiba…
KUANTAN, 21 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Teluk Mahang di sini hari ini. Paduka Baginda turut menyampaikan kurniaan peribadi dan bertanya khabar mangsa sekelurga serta mengambil peluang menyantuni penduduk dan peniaga di sekitar kawasan berkenaan. Dalam kejadian pada pukul 10.13 pagi semalam, rumah didiami mangsa, Sa’ari Alias, 66, dan keluarga tiba-tiba disedari terbakar di bahagian dapur. Sa’ari dan anaknya, Mohamad Khairul Furzan, 39, cedera di muka, tangan dan kaki ketika cuba memadamkan api yang sedang…
KUANTAN, 20 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah menzahirkan hasrat agar Pahang berdiri sebagai sebuah negeri contoh yang bebas daripada jerat dadah sekali gus melahirkan generasi bijaksana, kuat jasmani, luhur akhlak dan teguh iman. Titah Paduka Baginda, perjuangan menentang dadah bukan sekadar sebuah kempen atau slogan, tetapi sebuah jihad besar yang wajib dipikul bersama oleh semua pihak. “Dadah bukan lagi sekadar masalah individu, tetapi musibah yang memusnahkan keluarga, meruntuhkan masyarakat serta menghalang kemajuan negeri dan negara. Saya mengimpikan Pahang menjadi negeri contoh, negeri yang…
TEMERLOH, 19 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Galeri Tokoh, di sini. Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa melawat galeri yang menjadi pusat pameran dan rujukan dengan menghimpunkan kisah kejayaan, jasa dan sumbangan tokoh-tokoh penting dari daerah Temerloh. Kewujudan galeri ini merupakan satu usaha penting memelihara warisan sejarah yang menjadi medium pendidikan dan inspirasi kepada generasi muda. -KESULTANAN PAHANG
TEMERLOH, 19 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Wosto, Kampung Tanjung Besar di sini hari ini. Di masjid sama, Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan sumbangan kepada 100 orang asnaf dari kawasan sekitar. Usai solat Jumaat dan penyampaian kurnia, Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Jamuan Diraja di Restoran Patin D’Jungle. -KESULTANAN PAHANG
TEMERLOH, 19 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Paya Luas, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda dengan memandu sendiri pada pukul 12.20 tengahari diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj. Keberangkatan Paduka Baginda berdua disambut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff; Pegawai Daerah Temerloh, Dato’ Khairur…
TEMERLOH, 18 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Amani Vanila Temerloh (AVT), hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda berdua disambut Pengasas AVT, Encik Mohamad Feisal bin Mohamed Norawi dan isteri, Puan Musazlila Binti Mustapar. Paduka Baginda berdua berkenan melawat sekitar AVT yang merupakan kafe pertama di Malaysia berasaskan konsep jualan aiskrim serta produk vanila asli di dalam kebun vanila. AVT pada mulanya merupakan sebuah…
CAMERON HIGHLANDS 8 Jun -Pengunjung di Pasar Malam Golden Hills di sini teruja dengan keberangkatan Sultan Pahang secara tiba-tiba tanpa sebarang protokol yang menjadi kelaziman selama ini. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah terus menjadi tumpuan apabila rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Paling istimewa apabila Paduka Baginda menyantuni pengunjung pasar malam dengan bertanya khabar manakala bagi kanak-kanak turut dibelikan ais krim.





