CAMERON HIGHLANDS 8 Jun -Pengunjung di Pasar Malam Golden Hills di sini teruja dengan keberangkatan Sultan Pahang secara tiba-tiba tanpa sebarang protokol yang menjadi kelaziman selama ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah terus menjadi tumpuan apabila rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar.
![](https://istanapahang.my/wp-content/uploads/2024/06/Sultan-Pahang-1-1-1024x675.jpg)
Paling istimewa apabila Paduka Baginda menyantuni pengunjung pasar malam dengan bertanya khabar manakala bagi kanak-kanak turut dibelikan ais krim.
![](https://istanapahang.my/wp-content/uploads/2024/06/Sultan-Pahang-5-1024x654.jpg)