KUANTAN, 31 Julai 2026 – Tanggal 31 Julai 2026 melakar detik bersejarah apabila Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berjaya menamatkan latihan penerbangan sebagai Juruterbang Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Baginda telah berjaya menamatkan Final Handling Test (FHT) dengan jayanya yang merangkumi latihan Circuit and Landing, Steep Turn, Low Flying, Quickstop, Limited Power Operation, Confined Area Operation dan Practice Forced Landing (Autorotation).
Kejayaan ini menjadi kemuncak kepada latihan penerbangan helikopter yang telah dilalui Baginda, sekali gus mencerminkan komitmen, disiplin dan kecekapan Baginda dalam memenuhi piawaian latihan penerbangan TUDM.
Turut hadir dalam majlis ringkas tersebut ialah Timbalan Panglima Tentera Udara , Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Muhammad Tarminzi bin Haji Mustapha TUDM.





