KUANTAN, 6 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai Paduka Cucunda, Yang Mulia Tengku Nadine Amina Zahra binti Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, di Balai Seri Bendahara, Istana Abdulaziz, di sini, hari ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda berdua ke istiadat tersebut turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.- KESULTANAN PAHANG









