KEDAH, 16 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Program Latihan Menembak Bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini hari ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku pada jam 9.40 pagi disambut oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali.
Program dimulakan dengan sesi bergambar selepas keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Tuanku Raja Muda Kedah pada jam 10 pagi.
Turut hadir mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku ialah Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah bin Tengku Sarafudin Badlishah dan Yang Teramat Mulia Tunku Zara Bahiyah binti Tengku Sarafudin Badlishah dan Timbalan Ketua Polis Kedah, YDH DCP Baderulhisham bin Baharudin. – KESULTANAN PAHANG








