KASIHNYA RAJA…
Sifat keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang tidak perlu dinafikan lagi apabila Paduka Baginda berkenan menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Kampung Stungkor Jalan Bau-Lundu,kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Kejadian berlaku ketika Paduka Baginda memandu sendiri dalam perjalanan dari Lundu ke Kuching selepas berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah Telok Melano, Sarawak pada 21 Ogos 2026.
Apabila tiba di lokasi kejadian terdapat satu kemalangan melibatkan sepasang suami isteri yang menaiki sebuah motosikal dengan sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tempatan.
Paduka Baginda segera menitahkan agar ambulans yang bersama-sama konvoi membantu kedua-dua mangsa yang agak parah agar di bawa ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan.
Di tengah terik mentari, Paduka Baginda turun melihat serta bertanya sendiri situasi mangsa serta membantu menenangkan mangsa sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuching. – KESULTANAN PAHANG






