JERANTUT, 16 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menaiki perahu ke Kampung Gusai, hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Paduka Baginda berkenan menziarahi dua buah rumah penduduk asnaf di kampung berkenaan dan mengurniakan sumbangan kepada mereka di bawah program Ziarah Kasih.
Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa melawat projek fertigasi timun di kampung berkenaan yang diusahakan oleh Encik Uyob Ahmad, 59, bersama anaknya Muhammad Aiman, 27. -KESULTANAN PAHANG







