KUANTAN, 18 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Amat Bayu Sdn. Bhd dan wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi pembangunan projek turbin angin di Pekan, hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda ke majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka itu turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Turut hadir YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Duta Besar UAE ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Mubarak Saeed Ahmed Burshaid Al Dhaheri.
Perjanjian berkenaan ditandatangani bagi pihak Amat Bayu oleh Pengarah Amat Bayu, YH Dato’ Ahmad Najmi bin Abdul Razak, bersama wakil dari UAE.
Projek ini juga dijangka dapat menjadi platform penting untuk membina pengalaman tempatan, menjana data bernilai dan seterusnya menyediakan asas yang lebih kukuh bagi pembangunan tenaga angin berskala lebih besar di Malaysia.
Kerjasama berkenaan merupakan antara usaha meneroka potensi pembangunan tenaga boleh baharu, khususnya tenaga angin di negeri Pahang.- KESULTANAN PAHANG







