KUALA LUMPUR, 6 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menghadiri Majlis Santapan Minum Petang Diraja sempena kutipan dana bagi Piala Dunia Hoki Masters 2026 yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi oleh YAM Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahad Mua’adzam Shah, yang juga merupakan Presiden Hoki Veteran Malaysia Sultan Ahmad Shah (SAS).
Majlis berkenaan diadakan sebagai usaha mengumpul dana bagi menyokong penyertaan dan penganjuran Piala Dunia Hoki Masters 2026, di samping memperkukuh pembangunan sukan hoki veteran di negara ini. – KESULTANAN PAHANG







