JERANTUT, 16 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke program gotong-royong bersama rakyat di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Paduka Baginda turut berkenan bersama-sama mengutip sampah di sekitar kawasan serta melayani rakyat yang memdekati dan ingin mengambil gambat kenangan bersama Paduka Baginda dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. -KESULTANAN PAHANG








