PEKAN, 1 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Pahang Tua, di sini hari ini.
Sejurus tiba pada jam 2.50 petang, Paduka baginda berkenan mendengar taklimat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dan berbincang bersama Pegawai Daerah Pekan serta Persatuan Penduduk demi memastikan mangsa yang terlibat musibah kebakaran dapat dibantu dengan sebaik mungkin.
Paduka Baginda berkenan menyampaikan kurniaan peribadi dan bertanya khabar semua mangsa serta memberi kata-kata semangat agar mereka yang terlibat musibah tabah menghadapi dugaan ketika ini.-KESULTANAN PAHANG







