KUALA LUMPUR, 28 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan menyempurnakan majlis penyerahan zakat perniagaan Kumpulan Kewangan Islam Maybank kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang di Shahzan House, di sini, semalam.
Penyerahan tersebut dilakukan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Dato’ Sri Khairussaleh Ramli kepada PKZ Pahang yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Mohd Azmi Haji Othman.
Turut berangkat menyaksikan ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Hadir sama, Pengerusi Maybank, Tan Sri Dato’ Sri Ir. Zamzamzairani Mohd Isa
Pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM3.5 juta itu merupakan pencapaian tertinggi Kumpulan Kewangan Islam Maybank dalam tempoh lima tahun, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan zakat perniagaan yang disalurkan bagi tempoh 2021 hingga 2025 mencecah RM11.88 juta. – KESULTANAN PAHANG







