CYBERJAYA, 13 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan berangkat menyaksikan perlawanan polo ‘Charity Shield Polo Tournament, RYT Bank’ antara pasukan Royal Pahang menentang Royal Pahang II di Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC), di sini hari ini.
Pasukan Royal Pahang yang dibarisi YAM Tengku Panglima Perang, menang perlawanan tersebut dengan keputusan 8 berbalas 6.
Manakala pasukan Royal Pahang II diketuai Tengku Panglima Raja. – KESULTANAN PAHANG







