KUANTAN, 21 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang hari ini berkenan menerima mengadap Anggota Ahli Ulama Kanan Al-Azhar yang juga merupakan bekas Mufti Mesir, Fadhilatut Allamah Profesor Dr. Ali Jum’ah Muhamad Abdul Wahab di Balai Seri Inderapura, di sini.
Ketibaan Fadhilatut Allamah Profesor Dr. Ali Jum’ah Muhamad Abdul Wahab pada sesi mengadap itu disambut dengan penuh hormat sebelum beliau berkesempatan menghadap dan mengadakan perbincangan bersama Paduka Baginda.
Sesi mengadap berkenaan turut mencerminkan hubungan erat serta kerjasama dalam bidang keilmuan Islam antara institusi diraja Pahang dengan ulama dan institusi keilmuan Islam antarabangsa.
Selesai sesi mengadap, Paduka Baginda berkenan ke jamuan santapan tengah hari bersama tetamu berkenaan. – KESULTANAN PAHANG








