KUANTAN, 5 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Menteri Kanan Singapura, Yang Berhormat Tuan Lee Hsien Loong bersama isteri, Yang Berbahagia Puan Ho Ching serta delegasi Singapura di Istana Abdulaziz hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz.
Turut sama ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sesi mengadap turut disertai delegasi Singapura yang hadir bersama iaitu Menteri di Kementerian Hal Ehwal Luar dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Tuan Zhulkarnain Abdul Rahim.
Turut serta dalam rombongan delegasi ialah Ahli Parlimen Singapura, Cik Joan Pereira; Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Vanu Gopala Menon dan barisan pegawai Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.
Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa kira-kira satu jam membincangkan pelbagai perkara termasuk usahasama dan kerjasama yang boleh dicapai antara Pahang dan Singapura.
Paduka Baginda kemudiannya berkenan membawa jemputan melihat persekitaran istana dan kemudiannya berangkat ke majlis santapan. KESULTANAN PAHANG







