KUANTAN, 1 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Pesta Kuantan 188 di sini semalam.
Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, YAM Tengku Arif Bendahara, YAM Brigedier Jeneral Tengku Panglima Raja dan isteri, YHM Che Puan Panglima, YAM Tengku Panglima Perang dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.
Paduka Baginda berkenan menyantuni para peserta dan menyaksikan Royal Pahang Dragon Boat Regatta, Pameran Hot Air Baloon, Acara Street Football, merasmikan Gelanggang Pickleball dan turut menyaksikan Pertandingan K188 Cars Drift di Dataran Sayangi Kuantan MBK di sini.
Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni dan bergambar kenangan bersama pengunjung Pesta Kuantan 188. – KESULTANAN PAHANG






