KUANTAN, 10 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berusaha Encik Abdul Halim bin Ali atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia berkuatkuasa pada 7 Mei lalu.
Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pelantikan tersebut akan terus memperkukuh peranan Kraftangan Malaysia sebagai peneraju pembangunan industri kraf negara, di samping memperkasakan usaha memelihara warisan seni dan budaya tempatan.
Kebawah Duli Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Yang Berusaha Encik Abdul Halim dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan serta kekuatan dalam menggalas amanah bagi meningkatkan daya saing industri kraf negara di peringkat nasional dan antarabangsa.
Semoga di bawah kepimpinan beliau, Kraftangan Malaysia akan terus melakar kecemerlangan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi kreatif negara melalui pemerkasaan industri kraf yang mampan dan berdaya saing. – KESULTANAN PAHANG







