KUANTAN, 28 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga YH Tok Luar, Dato Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6.48 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa amat sedih atas pemergian Allahyarham yang disifatkan sentiasa menunjukkan kesetiaan yang tinggi kepada institusi Kesultanan Pahang.
Paduka Baginda turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah SWT yang beriman dan beramal soleh.
Paduka Baginda berdua juga berharap seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian serta kehilangan insan yang dikasihi.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah. – KESULTANAN PAHANG






