KUANTAN, 04 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Himpunan 1000 Jemaah di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini malam tadi.
Turut mengiringi wakil rasmi Menteri Besar Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar.
Majlis tersebut turut dihadiri Yang Terutama Duta-duta dari sebahagian negara-negara Islam di seluruh dunia terutamanya dari Timur Tengah.
Paduka Baginda berdua turut berkenan beramah mesra dan bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir – KESULTANAN PAHANG






