KUALA LUMPUR, 10 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Akad Nikah YM Dato’ Indera Puteri Munawarah Syammiyah Binti Dato’ Munir dan Dr. Amin Aznizan di Hotel Shangri-La di sini, malam tadi.
Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersama paduka-paduka adinda,YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; YAM Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Tiurut sama ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan suami YH FD Idzham FD Iskandar serta YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.
YM Dato’ Indera Puteri Munawarah Syammiyah merupakan anakanda kepada YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Dato’ Sri Setia Hajah Tengku Muhaimi Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Bin Buang TUDM (Bersara).
Paduka Baginda berdua turut berkenan menyempurnakan perletakan Panca Bicara sebagai tanda merestui dan meraikan kedua pasangan pengantin setelah selesai Majlis Akad Nikah.
Keberangkatan Paduka Baginda berdua bukan sahaja memeriahkan suasana, tetapi menjadi memori yang amat indah dan penuh bermakna buat pasangan pengantin, kaum keluarga serta tetamu yang hadir. – KESULTANAN PAHANG







