KUANTAN, 16 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di negeri Pahang dan seluruh negara sempena sambutan Hari Guru 2026 hari ini.
Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, pengorbanan dan dedikasi para guru yang tidak pernah jemu mendidik serta membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan agama, bangsa dan negara.
Paduka Baginda berdua turut menegaskan bahawa guru merupakan tunjang utama dalam pembangunan modal insan serta memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berintegriti dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Paduka Baginda berdua mendoakan agar seluruh warga pendidik sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah mendidik generasi pewaris negara. -KESULTANAN PAHANG
————-
HRH THE SULTAN OF PAHANG, HRH THE TENGKU AMPUAN OF PAHANG EXTEND TEACHERS’ DAY GREETINGS
KUANTAN, May 16, 2026 – His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj extended Teachers’ Day greetings to all educators in the state of Pahang and throughout the country in conjunction with the celebration of Teachers’ Day 2026 today.
Their Royal Highnesses expressed their highest appreciation for the contributions, sacrifices and dedication of teachers who tirelessly educate and shape knowledgeable, virtuous and competitive generations for the future of religion, race and nation.
Their Royal Highnesses also emphasised that teachers are the main pillar in human capital development and play an important role in producing a knowledgeable society with integrity and a strong sense of patriotism.
Their Royal Highnesses also prayed that all educators would continue to be blessed with good health, strength and prosperity in carrying out the noble responsibility of educating the nation’s future generations. -KESULTANAN PAHANG








