KUANTAN, 25 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menasihatkan rakyat supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu yang dilaporkan semakin buruk di beberapa kawasan, khususnya di Kuala Lumpur.
Paduka Baginda bertitah agar orang ramai, terutama kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung serta individu yang mempunyai masalah kesihatan, memakai pelitup muka ketika berada di luar dan mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk.
Paduka Baginda turut mengingatkan rakyat di negeri Pahang supaya sentiasa peka terhadap tahap kualiti udara semasa serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami masalah kesihatan akibat jerebu.
“Kesihatan dan keselamatan rakyat hendaklah sentiasa diberi keutamaan. Ambillah langkah pencegahan yang sewajarnya termasuk memakai pelitup muka, minum air secukupnya dan mengurangkan pendedahan kepada udara yang tercemar,” titah Paduka Baginda.
Paduka Baginda turut berharap seluruh rakyat sentiasa menjaga diri, mengutamakan kesejahteraan keluarga serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa. – KESULTANAN PAHANG









