KUANTAN, 3 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan menerima mengadap YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara terutama berkaitan kemakmuran dan kemajuan negeri serta hal-hal berkaitan rakyat. – KESULTANAN PAHANG





