KUANTAN, 18 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota 1 di sini, hari ini.
Paduka Baginda menunaikan solat bersama jemaah lain dengan diimamkan oleh Imam 1 Masjid Tengku Ampuan Afzan, Ustaz Mohd Hafidz Mohammad Suhaile.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku kemudiannya berkenan menyantuni jemaah yang hadir dan memberi kurnia kepada kanak-kanak serta singgah membeli cendol dan rojak di gerai lori bergerak (food truck) cendol berhampiran masjid. – KESULTANAN PAHANG







