KUANTAN, 3 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan menerima wawancara khas bersama media majalah Islamica iaitu majalah antarabangsa yang dikenali dengan pengisian berkaitan wacana pemikiran, kerohanian dan budaya Islam, sempena Temasya Warisan Pahang 2026 yang sedang berlangsung di negeri ini.
Temasya Warisan Pahang 2026 yang berlangsung selama 10 hari sehingga 7 September 2026 di Muzium Seni Kontemporari (MOCA), Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, menampilkan pelbagai pengisian berkaitan seni, kraf, masakan tradisional, persembahan budaya serta wacana warisan. – KESULTANAN PAHANG






