KUANTAN, 2 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan mencanting batik ketika berangkat ke Temasya Warisan Pahang 2026 yang berlangsung di Muzium Seni Kontemporari (MOCA), Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda mencerminkan keprihatinan serta sokongan berterusan terhadap usaha memartabatkan seni, budaya dan warisan tradisional Pahang, khususnya seni batik yang menjadi antara khazanah warisan negeri.
Pada sesi tersebut, Paduka Baginda berkenan mencanting batik sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkenalkan dan memelihara seni kraf tradisional kepada generasi masa kini, selain menyemarakkan lagi penghayatan masyarakat terhadap warisan seni negeri.
Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KESULTANAN PAHANG








