ALOR SETAR, 5 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Majlis Bacaan Yassin dan Khutbah Khas Jumaat bersempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-68 Peringkat Kolej Tentera Udara Tahun 2026, hari ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan doa selamat sebelum diteruskan dengan solat Jumaat serta khutbah khas yang menyentuh mengenai kepentingan integriti, disiplin dan semangat pengorbanan dalam melaksanakan amanah menjaga keamanan negara.
Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-68 tahun ini menjadi simbol komitmen berterusan angkatan itu dalam memperkukuhkan keupayaan pertahanan udara negara selaras dengan aspirasi untuk melahirkan warga udara yang profesional, berintegriti dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa. – KESULTANAN PAHANG








