KUANTAN, 5 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Sukan Pahang 2023/2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pukul 3 petang diiringi YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pengerusi Majlis Sukan Pahang, YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berkenan menyempurnakan pengurniaan sijil kepada para penyumbang dan juga anugerah-anugerah kepada para atlet.
Acara kemuncak ialah pengurniaan Anugerah Sukan Pahang bagi empat kategori iaitu Anugerah Olahragwan Harapan, Anugerah Olahragawati Harapan, Anugerah Olahragawan, Anugerah Olahragawat di mana seramai 20 atlet dicalonkan bagi empat kategori tersebut. –
KESULTANAN PAHANG







